

kau pernah rasa tak bila sampai satu masa kau akan start suka dekat someone dalam diam dan kau rasa tak layak dengan dia sbb dia terlalu sempurna untuk berdamping dengan kau. kau rasa kau layak tak dgn dia?
kau pernah rasa tak bila sampai satu saat orang yang kau suka mula datang dekat kau dan ingin mengenali kau dan kau rasa teruja dan kau rasa kau nak dia anggap kau lebih dr seorang kawan tapi sebenarnya dia hanya mahu berkawan dan mengenali kau je. kau rasa kau over-excited tak bila keadaan mcm ni?
kau pernah rasa tak bila orang yg kau sayang berubah hati bila dia dah start kenal kau, kenal perangai bengong kau, kenal kepoyoan kau, kenal kau ni itu dan ini. bila dia dah kenal perangai sebenar kau dia rasa kau bukan yg terbaik dgn dia. dia kecewa sbb perangai kau yg mcm harem. dia tak boleh terima kekurangan kau. kau rasa betul ke dia layak berdamping dgn org yg tak pura2 menunjukkan diri yg sebenar?
kau pernah rasa tak bila orang yang kau dah start sayang lama kelamaan dia menghilang dan mendiamkan diri tanpa khabar berita semua tu. dia terus menghilang dan lama kelamaan dia lupakan kau. sedangkan kau, kau setia tunggu dia datang. tunggu sampai dia kembali semula dkt kau tapi sbnrnya dia dah ada pengganti. kau rasa sedih tak?
pernah tak kau rasa mcm yg aku nyatakan dkt atas tu?
penat kan tunggu seseorang.penat kan tunggu orang yg kita sayang.penat kan ada perasaan mcm ni.penat kan bila pernah rasa mcm dkt atas tu.