
KENANGAN 2013
kenangan terindah,
kenangan yang membahagiakan,
kenangan yang akan aku simpan dalam kotak ingatanku,
kerana dengan kenangan,
ia akan membuat hidup kita sungguh bermakna,
ia mampu buat kita tersenyum dengan hanya mengingati kenangan tersebut.
kenangan pahit,
kenangan yang menyedihkan,
kenangan yang aku takut untuk disimpan,
takut untuk diingati,
kerana kenangan pahit,
ia membuat aku sedih,
tapi dengan kenangan inilah,
membuat aku bangkit,
sedar,
redha,
dengan semua dugaan2 yang berlaku.
walaupun hanya dalam satu hari,
ia akan tersingkap satu kenangan,
kenangan sedih,
kenangan bahagia,
ia cukup akan dirasai oleh semua manusia,
cuma keadaan yang membezakan kenangan itu.
terima kasih kalian,
terima kasih untuk sedikit kenangan dalam tahun 2013,
akan aku rindui semua kenangan ini.
selamat tinggal 2013,
goodbye 2013,
selamat datang 2014,
welcome 2014.
terima kasih kpd family, sahabat dan yang mengenali diri aku ni. terima kasih masih sudi bersama aku di waktu susah dan senang. terima kasih sudi menyumbangkan sedikit kenangan manis untuk aku rasai dalam kehidupan yg bermakna bagi aku. terima kasih kepada anda yg pernah memberi kenangan pahit kpd aku. eh kenangan pahit cukup membuat aku tabah, sabar dan redha dalam menghadapi liku2 hidup.