08 March 2014




ya Allah. semoga mereka yg berada di dalam pesawat itu selamat. 
bangun tidur terus bukak twitter dan terkejut sbb baca berita psl pesawat hilang yg on the way pergi Beijing. lepas tu terus ikuti perkembangan semasa kejadian tu. ya Allah aku tak dapat bayangkan kalau ada antara keluarga atau kenalan aku yg berada dalam pesawat tu. sedih yg amat okay. sedangkan orang yg aku tak kenali pun aku mampu bersedih. inikan lagi kalau ada keluarga kita yg berada dalam pesawat tu kan. 
semoga ahli keluarga dan kenalan2 mangsa pesawat yg hilang ni tabah dan sabar menunggu berita yg menyedihkan atau menggembirakan. siapa tahu kuasa Allah kan? sentiasa berdoa semoga semuanya selamat. 
aku takut dan mula risau selagi berita yg sebenar tidak diketahui lagi. kalau boleh nak duduk menghadap berita Awani tu sepanjang hari just untuk tahu perkembangan terbaru mengenai pesawat ni. sedih okay tgk gambar ahli keluarga yg pergi ke KLIA untuk mengetahui berita tntg keluarga mereka yg berada dalam pesawat tu. dan plg aku sedih. ada dua orang baby dalam pesawat tu. Allahuakbar! rasa mcm nak menangis bila difikirkan.
tabah dan sabar sangat perlu buat masa sekarang. dan yang paling penting sekali berdoa kpd Allah untuk memudahkan pegawai2 yg terlibat untuk mengesan dan mencari pesawat dan penumpang2 dan anak2 kapal yg berada dalam pesawat itu. semoga mereka semua dijumpai. Amin.



hak cipta terpelihara : NORAISYAH HANIS