12 March 2014



hai. hari ni aku nak update something. aku nak luahkan something. hmm

muka aku ni jenis sensitif yg tak boleh sebarangan campur produk dkt muka ni. muka aku tak flawless, tak sebersih, tak selicin wanita2 cantik dkt luar tu. aku hanya biasa2 saja. tp kdg2 jerawat naik sekali bnyk sehingga buat aku rasa terlampau tertekan. dan bekas jerawat juga ada di wajah ku ini. aku tak selawa wanita dkt luar sana. teringin jadi mcm dorang. muka halus. muka bersih tanpa satu jerawat pun. muka nampak lawa sgt. dan aku? hanya insan biasa yg kepingin muka seperti mereka. aku bukan tak bersyukur dgn diri aku sekarang. aku bersyukur sgt2. cuma kadang-kala aku terlalu sensitif memikirkan hal ini.

sometimes, the people out there make me down. haa yela. orang tu suruh try produk ni untuk hilangkan bekas jerawat. lepastu kau pernah tak pergi shopping complex then ada org yg jual produk kecantikan tu. haaa aku plg sensitif betul kalau orang2 tu panggil aku suruh try produk diorang and membebel blablabla. mmg aku buat bodoh jln menonong aje kalau nmpk dorang. 

then aku down taw kdg2 bila org tnya "kenapa muka makin teruk?" "kenapa makin bnyk jerawat?" "pakai pencuci muka apa smpai teruk muka mcmni?" "kenapa tak jaga muka elok2?" "taknak try produk ni ke untuk hilangkan bekas jerawat?"  kau nak tahu aku jwb apa. "biarlah muka nak jd mcm mana pun. kalau takde org suka, tak kisah pun" "dah jerawat nak naik, takkan nak halang kot" dan kadang2 aku hanya mampu tersenyum. tapi siapa tahu dalam senyuman aku tu terselit rasa sedih disebabkan org menegur aku mcm tu. serious aku tak mintak jd mcm ni. aku tetap usaha nak hilangkan jerawat aku hilangkan bekas2 jerawat aku. tapi orang tak pernah faham. org suka menegur sbb yela muka mereka lawa muka mereka bersih tak seperti aku. dah banyak kali aku menangis disebabkan ni. terlampau bnyk sehingga aku rasa tertekan, rasa give up sangat. tapi aku terus ingat kpd Allah. 

aku tak kisah kalau orang taknak kawan dgn aku sbb malu dgn wajah aku yg tak seperti mereka. aku bersyukur sgt2 sbb family aku dan rakan2 yg rapat dgn aku still bersama aku walau apa pun yg jadi. tak ada lelaki nak dkt aku? aku tak kisah. ia tak menjadi masalah bagi aku. tak tinggal kesan pun. sbb aku sedar aku siapa. aku sedar aku tak seperti wanita lain. terpulang. mmg orang kata " paras rupa tak penting. yang penting hati dia"  haahhaha. takpayah nak buat statement mcm tu sbb bagi aku hanya ada 1 dalam 1000 aje yg akan buat pilihan mcm tu. yang lain tu pandang rupa dulu baru pandang hati.

aku hanya berserah pada yg Maha Esa. aku mengadu dkt Dia. aku menangis dkt Dia. hanya Dia yg mahu mendengar cerita aku. aku luahkan di sini hanya kerana ingin melepaskan sesuatu yg ada di dalam benak fikiranku. semoga Allah memberi kekuatan kpdku untuk menempuh dugaan mendatang. Amin.



hak cipta terpelihara : NORAISYAH HANIS