09 August 2014


Assalamualaikum. Agak lama jugak aku tak update blog kan. Rindu jugak nak menaip dkt blog tercinta ni. Kalian apa khabar? Oh nak ucap Selamat Hari Raya kpd anda semua. How's ur raya?  Mesti Happening kan. Alhamdulillah.

Harini aku terasa ingin meluahkan sesuatu yg aku pendam selama ni. Tentang atuk. Atuk kesayanganku.

Atuk jatuh sakit masa akak tgh daftar sem baru. Masa on the way balik jb semula mama tepon bgtahu atuk kena stroke. Ya Allah hanya Dia je tahu apa perasaan aku masa tu. Akak terus tak boleh tidur fikirkan atuk. Dah sampai jb terus akak pergi hospital. Sedihnya akak waktu tgk atuk terlantar. Atuk dah tak boleh nak bercakap. Atuk tak boleh nak membebel mcm biasa waktu tgk bola. Atuk dah tak boleh nak kacau haziq. Dan atuk tak boleh nak marah budak2 kalau bising dkt rumah. Rindunya nak dgr suara atuk. Bila atuk dibenarkan pulang ke rumah, akak bersyukur. Akak boleh jaga atuk dkt rumah. Boleh luangkan masa dgn jaga atuk. Ada satu hari tu akak jaga atuk sampai tak tidur lena. Pantang dgr atuk batuk terus akak sedar and sapu dada atuk. Tidur disisi atuk. Rasa happy sangat masa tu dapat jaga atuk. Tak kisah kalau tidur akak tak lena. Yg pntg atuk okay. Tahun ni first time tak berpuasa bersama atuk. Kalau tak mesti meriah dgn suara atuk. Atuk suka makan. Lagi2 masakan mak(nenek). Atuk selalu puji masakan mak kan. Sweet sgt atuk dgn mak. Hahahahaha. Okay back to the topic. Akak tak puas nak jaga atuk waktu atuk sakit. Akak rasa mcm baru smlm akak jaga atuk dan lihat atuk senyum seperti atuk dah sihat. Atuk, sampai sekarang akak masih terpahat dalam ingatan akak senyuman terakhir atuk sebelum akak balik KL. Malam sebelum akak balik KL akak suruh atuk senyum, dan atuk senyum membuatkan satu rumah tu tersenyum. Dan hari yg akak nak balik KL tu akak duduk dkt atuk ckp akak nak balik dan atuk pesan sesuatu tapi akak tak faham dan akak agak atuk pesan mcm selalu "hati2 balik kl. Bawak kereta elok2. Dah sampai bagitahu" itu pesanan yg atuk selalu pesan dkt akak kalau akak nak balik kl. Lepas tu atuk tgk akak lama lepastu senyum lebar. Akak rasa bahagia tgk senyuman atuk. Terlalu ikhlas dimata akak. Akak rasa mcm atuk akan sembuh. Dan itulah senyuman terakhir atuk yg masih akak ingat sampai skrg dan akak akan ingat sampai bila2.

4 Julai (jumaat). Akak balik jb untuk tgk atuk. Sbb mama bgtahu atuk mcm sesak nafas dan mama hntr pi hospital and again atuk kena tahan wad lg. Tak mampu nak drive. Naik bas sbb akak tahu akak tak kuat. Mesti menangis je dlm kereta kang kalau drive. Dah sampai hospital terus akak cium atuk peluk atuk bisik dkt telinga atuk. Tak sangka. Baru isnin lepas masa akak nak balik kl tu akak tgk atuk okay. Tp skrg atuk dah tak kuat. Atuk nmpk lemah. Atuk dh tak boleh nak bukak mata. Air mata hnya peneman akak masa tgk atuk. Tak kuat akak tgk atuk sakit mcm tu. Penat akak hilang lepas tgk atuk. Atuk tak sedarkan diri. Tapi bila orang bisik dkt telinga atuk, atuk akan kelip mata and kdg2 air mata atuk keluar. Akak tahu atuk dgr apa semua org cakap. Tapi atuk tak kuat nk bukak mata. Waktu akak jaga atuk, akak bacakan yassin untuk atuk sambil genggam tgn atuk. Erat spt tak nak lepaskan. Dr hari jumaat sampai isnin akak dkt jb jaga atuk. Isni tu akak tgk atuk mcm okay tak okay je. Tp akak kena balik kl sbb ada kelas. Isnin tu pun akak ponteng kelas. Akak balik dlm pukul 5ptg. Sampai kl dlm pukul 10 malam mcm gitu. Aishah amek akak dkt tbs. She so kind. Thanks aishah.

Tak sampai beberapa jam aku dkt kl akak dah disuruh balik semula. Aku tidur pukul 2am. Aku tk boleh tidur. Lepastu dlm kol 2.20 mcm gitu mama call suruh balik JB skrg. Aku pun masih belum lena terus akak bangun untuk bersiap. Nasib baik kereta ada. Boleh terus balik. Masa dlm kereta tgh panaskan enjin, abid tepon tanya "hanis kau dkt mana? Kau tahu tak atuk dah meninggal?" Dan aku terus jwb "aku dlm kereta nak balik ni okay lah bye" lepastu aku terus pecut dr rumah sewa. Semua Family aku call aku tak jwb. Then aku decide off phone. Aku buat tu sbb aku tknk tahu lebih lanjut psl atuk. cuma dlm otak aku fikir aku nak smpai jb cepat dan aku kena focus drive. And then dh dkt melaka aku on phone balik. Punyalah banyak msg and missed call. And mereka still call aku lepas aku on. Tapi aku tak angkat. Dah nak smpai tu aku call adik tnya dkt mana and aku terus balik rumah mak. Bayangkan aku drive dr kl pukul 2.30am sampai jb dlm pukul 5am. Dasyat. Aku pecut smpai 160km/j. First time aku drive cepat mcm tu. Tapi alhamdulillah aku selamat sampai. Nak tahu tak dlam kereta aku tak menangis pun. Kenapa aku tak nangis? Sbb aku tenangkan hati aku. Aku taknak sedih. Nnti atuk lg sedih. Aku cuma pesan dlm otak "jgn nangis. Kena balik jb cepat. Nak jumpa atuk. Nak sayang atuk. Atuk tunggu akak" benda tu je aku cakap kalau aku nak nangis. Dan akhirnya aku sampai dpn rumah mak. Aku nampak jenazah. Jenazah atuk kaku di tgh ruang tamu. Aku parking kereta. Lepas tutup enjin. Abah dtg bukak pintu. Mama pun dtg. Dan masa tu akhirnya pecah jugak air mata aku. Aku meraung. Menangis. Lepaskan semua apa yg aku rasa masa drive. Aku taknak keluar dr kereta. Aku tak kuat tgk atuk terkaku mcm tu. Aku di pegang mama abah sbb aku tak kuat untuk berdiri. Jejak je kaki dkt rumah mak, aku dah nampak atuk dan makin lemah lutut aku. Antie ja terus dtg peluk aku. Waktu tu aku terus menangis dibahu antie ja. Dan aku didudukkan sbb aku tak kuat untuk berdiri. Aku hanya mampu termenung dan menangis dalam diam. Lepas je aku kumpul kekuatan. Aku terus ke tandas untuk ambil wuduk dan solat subuh dan bacakan yassin untuk atuk. Aku duduk disisi atuk. Bertemankan air mata. Aku sedekahkan surah yassin untuk atuk. Waktu atuk masih ada, kalau aku bacakan yassin untuk atuk aku akan genggam tgn atuk. Tapi skrg aku dh tak boleh genggam tgn atuk. Hanya sekujur tubuh yg kaku didepan aku skrg. Ya Allah kuatkan aku. akhirnya kain kapan dibuka untuk melihat wajah atuk. Ya Allah. Betul ke atuk dah tinggalkan aku? Hanya itu yg aku mampu bisikkan dalm hati. Ramai yg dtg ziarah atuk untuk terakhir kalinya. Setiap kali org dtg untuk melihat wajah atuk untuk terakhir kalinya, aku tatap wajah atuk. Sbb aku tahu lepas atuk dikebumikan aku dah tak mampu melihat wajah kesayangan atuk aku ni. Aku diberi peluang untuk mencium atuk buat terakhir kalinya. Aku mencium atuk spt tknk melepaskannya. Setiap kali ahli keluarga atuk dtg ingin mencium atuk, aku bukakan kain yg menutup wajah atuk. Dan setiap kali aku ingin menutup kain tu aku mencium lagi wajah atuk. Banyak kali aku cium wajah atuk. Dan kali terakhir aku cium wajah atuk lepas solat jenazah. Itu peluang terakhir aku cium atuk. Ye itu pengakhiran ciuman buat atuk kesayangan aku. Alhamdulillah atuk selamat dikebumikan. Ya Allah. Begitu cepat atuk tinggalkan akak. Tak puas rasanya akak nak bermanja dgn atuk, bawak atuk jalan2 dan mcm2 lagi.

Sejak atuk tinggalkan kami, Mak dah tak mcm dulu. Mak bnyk mendiamkan diri. Nangis dalam diam. Mak dh tk ketawa, tersenyum macam dulu2 waktu atuk masih ada. Rindu sangat dgn atuk dan rindu dgn mak yg dulu. Susah untuk tgk mak mcm dulu sbb suami tercinta mak dah pergi tinggalkan mak. Kalau aku balik jb aku mesti teman mak, tidur dgn mak. Dan aku akan pastikan ada yg teman mak tidur waktu aku takde dkt jb.

Pelbagai cerita yg dikongsikan oleh kami sekeluarga kalau berkumpul. Apa yg aku taktahu selama ni aku pun dpt tahu. Atuk. Terlalu banyak yg atuk buat untuk kami sekeluarga. Terlalu berat untuk terima dugaan ini. Tapi kami redha atuk pergi tinggalkan kami. Cukup dua minggu atuk tahan kesakitan atuk. Dan sekarang atuk dah tak sakit. Atuk dah tenang diSana. Semoga atuk ditempatkan dikalangan org beriman dan beramal soleh. Amin.

You're the best atuk in the world. You're just like my father. Kehilangan atuk sangat terasa dlm hidup akak. Atuk jaga akak Dr akak lahir sampai harinya atuk tglkan akak. Atuk selalu disisi akak. Tak sempat atuk nak tgk akak berjaya pegang segulung diploma. Dan masih mekar dlm otak akak yg atuk pesan jangan makan udang takut muka masalah semula. Atuk, dari hari yg atuk pesan sampai sekarang akak tak makan udang. Org tnya kenapa akak cuma cakap allergic. Ye mmg allergic. Tapi dr sbb lain akak tak makan udang sbb itu pesanan terakhir atuk sebelum atuk sakit. Akak tak kisah kalau org lain tegur psl muka akak. Tapi air mata akak akan jatuh kalau atuk tegur. Entah kenapa. Tak kuat je rasa hati ni bila dgr suara atuk tegur. Akak tahu atuk nak yg terbaik buat akak.

1 Syawal. Tak pernah terfikir yg akak akan menziarahi kubur seseorang pada pagi syawal. Dan tahun ni. Tahun pertama tanpa atuk disisi. Tahun pertama raya tanpa atuk. Dan tahun tahun berikutnya akan beraya tanpa atuk. Tak kuat rasa hati bila mendengar takbir di kubur atuk. Semua kenangan bersama atuk di pagi raya waktu atuk masih ada semua terlintas di benak fikiran ni. Air mata peneman setia. Ya Allah kuatkan aku. Kuatkan aku menerima dugaan ini.

Atuk. Akak rindu sangat dgn atuk. Rindu sangat2. Kalau dulu, kalau akak rindu atuk akak call je atuk terus tanya khabar atuk, dgr suara atuk kalau akak dkt kl. Kalau dkt jb terus akak pi rumah atuk jumpa atuk berbual mcm2 dgn atuk. Tapi sekarang lain. Kalau rindu, akak hnya mampu kirimkan doa untuk ketenangan atuk dkt sana. Berbeza sangat. Atuk. You'll be my hero sampai bila2. You're the best hero in my life. Semoga atuk tenang diSana. Akak sayang atuk. Sayang sangat2. Akak sayang atuk sampai bila2. I miss you so much. Al-Fatihah

Dalam kenangan,
Ali Bin Matjuki
8 Julai 2014 bersamaan 10 Ramadhan 1435
Al-Fatihah.


hak cipta terpelihara : NORAISYAH HANIS